Siapa kata orang bujang tidak boleh masak. Ramai ja pun orang bujang yang pandai masak sekarang ni.
Resepi orang bujang ni lain sikit semua simple dan cepat masak. Walau pun begitu rasa tetap sedap. Antara menu yang selalu jadi pilihan ialah mee goreng. Disebabkan orang bujang yang masak maka dinamakan lah "MEE GORENG BUJANG".
Bahan-bahan :
- Mee kuning
- Sos cili/tomatao ikut sukalah
- Telur
- Kicap
- Bawang putih
- Bawang merah
- Garam
- Sedikit sayur Sawi
Cara memasaknya :
- Pastikan mee kuning tu sudah dibasuh sebelum di masak
- Tumis bawang merah dahulu kemudian baru bawang putih. Ingat tu bawang merah dahulu baru bawang putih sebab bawang putih cepat hangus.
- Masukkan sos dan kicap. Jika agak pekat boleh masukkan sedikit air agar lebih mudah sekata bila di masukkan mee nanti.
- Masukkan garam atau perasa secukup rasa.
- masukkan telur kemudian gaulkan.
- masukkan mee kuning
- Masukkan sayur sawi
- Gaul hingga masak
Bolehlah dihidang untuk dimakan ketika lapar. Kalau nak sedap lagi boleh la tambah ayam atau udang tapi namanya bukan Mee Goreng Bujang lagi dah tukar jadi sebab dah ada pasangan.
Tq.
Nota : Kalau nak senang datang saja ke gerai UPTOWN XXL CAFE yang beroperasi di Uptown Belia Beaufort dari jam 6 pm hingga 3 am. Mahu tapaw pun boleh.


0 Comments