Hari ni saya nak kongsi pula satu resepi air yang berkhasiat. Air ni masa bazar ramadan lalu memang meletup-letup jualannya. Selain sedap ia juga berkhasiat kepada tubuh kita. kalau saya bagi tahu khasiatnya gerenti ramai yang akan buat. Maklum sajalah masalah ni ramai orang hadapai. Mungkin ramai yang sudah tahu sebab air detox tengah viral sekarang ni.
Oklah. Salah satu manfaat atau khasiat air detox ialah membantu proses pembakaran lemak dalam badan. Cubalah tanya-tanya siapa yang tahu kebanyakan pasti akan cakap benda yang sama. Kalau tak pun tanya ja kat prof Google. Maklumat kan di hujung jari. Bagi yang ada masalah lemak terlebih sedikit tu bolehlah cuba amalkan minum air detox ni ya. Mana tahu berkesan untuk turunkan saiz perut.
Selain itu ada juga yang kata air ni dapat membantu membuang toksin dalam badan. Maklum sajalah bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan air detox ni dari bahan anti toksin. Sebenarnya ada lagi khasiat air detox seperti membantu melicinkan kulit. Ialah kalau toksin dalam badan dah dibuang maka kulit pun akan lebih berseri-seri.
Kalau cerita pasal khasit mungkin banyak lagi jadi korang try sendiri la.
Resepi Air Detox
- Air ice cream soda. Nak jenama apa pun tiada masalah. Cuma saya selalu guna jenama F&N
- Serai
- Lemon dihiris tipis
- Daun Pudina
- Buah laicy
- Asam boi
Semua bahan-bahan di atas di gaul bersama. Untuk lebih menyegarkan lagi boleh la tambah ais atau disejukkan dahulu sebelum di minum. Tapi pastikanlah kurangkan gula dalam minuman lebihkan manisan dalam senyuman baru hidup gembira sejahtera.
Lupa pula aku. Di sini air detox ada nama lain. Iaitu Air Sampah Sarap. Tahulah aku macam mana nama ni boleh muncul.


0 Comments